Friday

info: Petua Bagi Hilangkan Kelemumur (tips get rid of dandruff)

Petua Untuk Hilangkan Kelemumur (tips get rid of dandruff)


-Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian
-Ramas daun-daun tersebut bersama air.
-Gunakan air ramasan tadi sebagai syampu.


Cubalah dan sentiasa amalkan.


berita: Koyak gambar raja, dipenjara 2 bulan



DUBAI - Akibat mengoyak gambar raja negara Teluk Arab, seorang aktivis Bahrain dihukum penjara selama dua bulan, semalam.

Zainab Al-Khawaja merupakan anak perempuan pemimpin aktivis Syiah, Abdulhadi Al-Khawaja, ditangkap dalam satu tunjuk perasaan pada Ogos lalu, yang mana, memaksa pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru getah.

Peguambela, Mohammed Al-Jishi berkata hukuman yang dikenakan mahkamah adalah terlalu keras dan tidak munasabah.

Jishi memberitahu, anak guamnya itu kini masih berhadapan lapan dakwaan yang dibuat terhadapnya melibatkan protes bulan lalu dan bakal dibicarakan bermula awal Oktober ini.

Zainab dilaporkan terlibat dalam beberapa bantahan di ibu pejabat Tentera Laut Kelima Amerika Syarikat (AS) di Bahrain bersama pro-demokrasi dan pengikut Syiah, tahun lalu.

Bapanya yang dihukum penjara pernah melaksanakan mogok lapar lebih tiga minggu awal tahun ini bagi membantah hukuman yang dianggap tidak adil dan berat sebelah.

- Reuters

sumber:

berita: Pelajar Maut Dirempuh Guru



Pelajar Maut Dirempuh Guru - SABAK BERNAM : Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena menemui ajal setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung kenderaan dipandu seorang guru, di Jalan Lama Kuala Selangor, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal EX-5 dalam perjalanan ke sekolah, di Sungai Besar.

“Pemandu kereta Toyota Innova dari arah bertentangan menuju Simpang Lima gagal mengelak lalu merempuh motosikal mangsa yang secara tiba-tiba masuk ke laluannya.

“Mangsa, Muhammad Fiqri Mohd Kassim, 17, maut serta merta di tempat kejadian dipercayai cedera parah di kepala kerana hentakan di cermin hadapan kereta,” katanya.

Menurut Mushar, pemandu yang bertugas di Sekolah Menengah Simpang Lima difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum merempuh motosikal ditunggang mangsa.

“Pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan dan tampil membuat laporan sejurus kejadian tersebut.

Bagaimanapun, kita masih belum menerima laporan daripada keluarga mangsa yang maut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk bedah siasat,”
katanya.

Sementara itu, guru berkenaan, Huwaibatul Aslamiah Khodari,34, berkata, dia dalam perjalanan ke sekolah terkejut apabila motosikal berkenaan memasuki laluannya secara tiba-tiba.

“Saya cuba mengelak namun tidak sempat kerana jarak motosikal berkenaan begitu hampir menyebabkan kami bertembung,” katanya.

“Saya bersyukur kerana terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebaliknya hanya bahagian hadapan kereta sahaja yang rosak,” katanya. – Sinar Harian

sumber:

info: Burung tidak hinggap di atas Kaabah



Pada siang hari Kaabah akan nampak kecil & rendah tpi pada malam hari ia seolah besar & tinggi. Itulah kuasa Tuhan,power of God. Burung2 tidak akan terbang atas Kaabah. Burung pun tahu kehebatan Kaabah….dan mat salleh pun not deny this fact…why? READ THIS FROM BELIEVE IT OR NOT BOOK!

Terdapat banyak burung burung berterbangan mengelilingi kaabah seolah olah penjaga kepada kaabah tersebut..
persoalannya.. anehnya kenapa burung burung tersebut tidak hinggap di kaabah (atas kaabah) dan hanya mengelililingi kaabah sahaja tidak seperti burung lain yg hinggap didahan..MAHA KUASA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI
P/s : burung juga tawaf mengelilingi kaabah sama seperti umat islam. betapa agungnya Allah Yang Maha Esa. Allahuakbar. Subhanallah.

sumber:here

berita: Bonus: Kakitangan awam dapat tambahan sebulan, pesara RM500



KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas. Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.
"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
 - BERNAMA

sumber:

berita: Bajet :123,000 Unit Rumah Mampu Milik Dibina 2013



KUALA LUMPUR – Sebanyak 123,000 unit rumah harga berpatutan akan dibina di kawasan-kawasan strategik tahun depan, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini.

Untuk itu, kerajaan memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membolehkan inisiatif itu dilaksanakan oleh Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara. Sebanyak RM500 juta akan dibelanjakan PR1MA untuk membina 50,000 unit rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara dengan harga jualan antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit, kata Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2013 bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati” di Dewan Rakyat di sini.

Antara bandar utama itu ialah Kuala Lumpur, Shah Alam (Selangor), Johor Bahru (Johor), Seremban (Negeri Sembilan) dan Kuantan (Pahang).

“Kerajaan sedar, perumahan selesa dan mampu milik adalah keperluan asas paling utama kepada rakyat. Kerajaan komited untuk memastikan setiap rakyat Malaysia berpeluang memiliki rumah mereka sendiri.

“Ini bukan sahaja satu imperatif yang bersifat ekonomi, malahan ia adalah imperatif moral bagi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Oleh itu, kerajaan menjadikan hasrat ini sebagai keutamaan berterusan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, di samping itu, PR1MA juga akan menyediakan Dana Pemudah Cara Perumahan berjumlah RM500 juta untuk membina 30,000 unit rumah secara usaha sama dengan pemaju perumahan swasta.
Harga rumah yang ditawarkan di bawah program ini adalah 20 peratus lebih rendah berbanding harga di pasaran dan proses pengagihan rumah akan dilaksanakan secara sistem pengundian terbuka, katanya.

Beliau berkata, sebanyak RM320 juta diperuntukkan melalui SPNB untuk membina 22,855 unit kediaman termasuk apartmen kos rendah dan sederhana, rumah mesra rakyat serta rumah mampu milik.

“Projek perumahan yang SPNB akan laksanakan segera termasuk membina 1,855 unit apartment kos sederhana dengan keluasan 850 kaki persegi di Shah Alam dan Sungai Buloh yang akan dijual pada harga sekitar RM120,00 hingga 220,000 seunit,” katanya.

Bagi program Rumah Mesra Rakyat pula, Najib berkata, SPNB akan membina 21,000 unit rumah untuk 2013 yang berharga RM65,000 dengan subsidi sebanyak RM20,000 serta subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak dua peratus, katanya.

Selain itu, peruntukan sejumlah RM543 juta akan disediakan untuk Jabatan Perumahan Negara melaksanakan 45 projek di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan 20,454 unit rumah yang akan dibina menggunakan kaedah Sistem Pembinaan Berindustri (IBS), yang akan dijual antara RM30,000 hingga RM40,000 seunit berbanding harga pasaran sekitar RM120,000 seunit.

“Dua puluh peratus daripada keseluruhan unit rumah PPR kepada penjawat awam dan sebahagian kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya.

Najib berkata, bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah pertama, Skim Rumah Pertamaku yang telah dilancar melalui Belanjawan lepas akan ditambah baik dengan meningkatkan had pendapatan peminjam perseorangan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan atau RM10,000 sebulan bagi pinjaman bersama suami isteri.

Syarat keperluan simpanan tiga bulan deposit serta tempoh minimum bekerja enam bulan akan dimansuhkan, katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bercadang melanjutkan pengecualian duti setem sedia ada sehingga 31 Disember 2014 dengan had kelayakan harga rumah dinaikkan sehingga RM400,000.

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan bersetuju untuk menetapkan wang proses yang dikenakan bagi setiap permohonan pinjaman perumahan penjawat awam ditetapkan pada kadar RM100 tanpa mengambil kira jumlah pinjaman yang dipohon.

Pada masa ini, wang proses yang dikenakan bagi setiap permohonan pinjaman perumahan penjawat awam adalah sebanyak RM1 bagi setiap RM1,000 pinjaman yang dipohon bagi pinjaman kali pertama dan RM2 bagi pinjaman kali kedua.

Perdana Menteri berkata, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) akan disusun semula dan kerajaan akan melantik panel bank komersial untuk menguruskan pinjaman perumahan kerajaan yang baru berkuatkuasa Januari tahun hadapan sebagai sebahagian daripada usaha konsolidasi fiskal dan mengurangkan beban tanggungan kewangan kerajaan.

Beliau berkata segala manfaat dan bantuan sedia ada yang dinikmati oleh penjawat awam akan tetap dikekalkan malah ditambah baik dan penjawat awam masih tetap membayar empat peratus kadar faedah ke atas pinjaman perumahan.

Najib berkata, pada masa ini, kerajaan meminjam sebanyak RM6 bilion setahun untuk membiayai keperluan pinjaman perumahan penjawat awam yang diuruskan oleh BPP, Kementerian Kewangan. – BERNAMA

sumber:


Thursday

sukan: Jadual Perlawanan Piala Liga Inggeris, pusingan keempat oktober 2012

Jadual perlawanan pusingan keempat Piala Liga Inggeris:
Dijadualkan berlangsung pada penghujung oktober

Sunderland Vs Middlesbrough

Swindon Vs Aston Villa

Wigan Vs Bradford

Leeds Vs Southampton

Norwich Vs Tottenham

Liverpool Vs Swansea

Chelsea Vs Manchester United

Reading Vs Arsenal

berita: Morsi Tampil Beri Ucapan Sulung Di PBB



PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Presiden baru Mesir, Mohammed Morsi tampil untuk pertama kali memberi ucapan di Perhimpunan Agung PBB dengan menekankan bahawa perang saudara yang melanda Syria adalah ‘tragedi’ dan mesti ditamatkan.

Dalam ucapan yang panjang lebar, beliau menyentuh pelbagai isu penting yang melanda Asia Barat, termasuk menyelar tindakan Israel yang membina kediaman di wilayah Palestin.
Morsi turut mengutuk keras penerbit filem dari Amerika Syarikat yang menghina Nabi Muhammad SAW sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam.

Beliau menggesa anggota PBB untuk bergabung bagi mengakhiri tragedi yang menimpa Syria dan membebaskan penderitaan rakyatnya yang dihimpit rejim diktator, Presiden Bashar Assad selama 40 tahun.

Beliau berkata, lebih 30,000 oraag dilaporkan terbunuh sejak 18 bulan konflik yang berlarutan di negara Arab itu.

Serentak itu, Morsi menggesa Assad meletakkan jawatan dan mahu pertumpahan darah di Syria serta krisis kemanusiaan mesti dihentikan segera. – AFP

sumber:

berita: Gempa Kuat Landa Perairan Alaska



WASHINGTON – Gempa kuat berukuran 6.9 magnitud melanda pantai Alaska, awal hari tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa melanda di 63 kilometer di timur Pulau Amatignak di kedalaman 40km, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Pusat Amaran Tsuami Pasifik dalam kenyataannya berkata, pihaknya tidak menjangkakan wujud ancaman tsunami kepada Hawaii. – AFP

sumber:

berita: Permohonan Ke Tingkatan 4 MRSM Dibuka 1 Oktober



KUALA LUMPUR – Permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun 2013 akan dibuka secara ‘online’ mulai 1 Oktober ini selama sembilan hari.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat Mara, permohonan dan keterangan lanjut boleh dibuat dengan melayari laman web, www.mara.gov.my. BERNAMA

sumber:

berita: Wanita Tertelan Tikus Dalam Sandwich?



LONDON – Apabila seorang ibu dua anak menggigit sandwich ayam yang dicampur dengan bakon dan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya Tesco, dia menelan sesuatu yang tidak dijangkanya.

Katie Crabtree terkejut mendapati binatang berbulu, seekor tikus, di dalam snek prabungkus yang dibelinya dari rangkaian pasaraya itu di Stockport.

Wanita berusia 31 tahun itu hanya ternampak ‘objek berbulu itu’ selepas memakan separuh daripadanya dengan menyangka ia bakon salai yang hangus.

“Saya menggigitnya dan melihat benda hitam di dalamnya. Saya menyangka ia bakon salai dan menelannya.

“Kemudian saya melihat sesuatu yang buruk dalam sandwich itu. Ia berwarna hitam dan berbulu. Saya juga melihat kakinya. Ia sungguh dahsyat,” katanya.

Katie berkata, penemuan mengejutkannya itu membuatnya tidak selesa.

“Saya tidak boleh lagi makan sandwic bungkus kerana ia akan mengingatkan saya kepada peristiwa itu,” katanya.

Dia menuduh pasar raya berkenaan tidak menghiraukannya selepas mengadu hal itu kepada pasar raya terbabit dan ibu pejabatnya.

“Saya menghubungi pasar raya berkenaan dan ibu pejabatnya tetapi tidak ada orang yang tahu mengenai kejadian itu,” katanya.

“Mereka akhirnya memberi saya baucar $10 (RM50).

“Saya berpendapat mereka tidak mempedulikan saya. Mereka sepatutnya menyiasat kejadian dan membuat tindakan selanjutnya,” kata Katie.

Tesco menghantar wanita itu surat permohonan maaf dan berkata, ia akan menyiasat, di samping menawarkan pampasan sebanyak $10 - DM

sumber:

Wednesday

berita: iPhone Sasaran Utama Pencuri Di New York



NEW YORK – iPhone Apple dan produk lain adalah paling popular yang kini menjadi sasaran utama pencuri di sini.

Statistik Jabatan Polis New York menunjukkan lebih 11,400 produk Apple dicuri sepanjang tahun ini, meningkat 40 peratus berbanding tahun lalu.

Kes curi meningkat secara keseluruhan di bandar raya terbesar Amerika Syarikat. – AP

sumber:

berita: RFC Perkenal Restoran Bergerak Guna Trak



SHAH ALAM – Radix Fried Chicken (RFC) bakal memperkenal restoran bergerak menerusi pembelian trak bernilai RM400,000 pada Disember ini sebagai pemasaran strategik pentadbiran baharu restoran makanan segera milik bumiputera itu.

Pengerusi RFC, Datuk Ahmad Shafee Sabaruddin berkata, restoran bergerak itu akan dimulakan di kawasan wilayah tengah iaitu sekitar Lembah Klang dengan menyasarkan lokasi tumpuan ramai, termasuk pesta konvokesyen di institusi pengajian tinggi.

“Setelah mengambil alih sepenuhnya RFC, kami menyusun pelbagai strategi untuk terus mendekati pelanggan dan mempromosi produk kami secara terus kepada pelanggan, selain menerusi 10 restoran sedia ada,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Menu Baharu RFC – Ayam Goreng Hot Dujaj dan Mi Bandung, di sini hari ini.

RFC yang sebelum milik HPA Industries Sdn Bhd (HPA), diambil alih oleh Darul Rahmat Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera dengan modal berbayar RM10 juta bermula 1 Ogos lepas.

Darul Rahmat sebelum ini merupakan pemilik tiga daripada 10 restoran RFC. – BERNAMA

sumber:

sukan: Manchester City kalah Piala Liga Inggeris 2012


Sebahagian keputusan penuh perlawanan pusingan ketiga yang berlangsung semalam:

Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City tewas kepada Aston Villa.

Bradford City    3 – 2    Burton Albion
Chelsea    6 – 0    Wolverhampton Wanderers
Crawley Town    2 – 3    Swansea City
Leeds United    2 – 1    Everton
Manchester City    2 – 4    Aston Villa
Milton Keynes Dons    0 – 2    Sunderland
Preston North End    1 – 3    Middlesbrough
Southampton    2 – 0    Sheffield Wednesday
Swindon Town    3 – 1    Burnley
West Ham United    1 – 4    Wigan Athletic

Jadual baki perlawanan pusingan ketiga yang akan berlangsung sebentar lagi:

Arsenal    Vs Coventry City
Carlisle United    Vs Tottenham
Manchester United Vs Newcastle
Norwich City Vs Doncaster Rovers
QPR Vs Reading
West Brom Vs Liverpool

berita: Perogol Bersiri Yang Diburu Polis Kerana Merogol Sewaktu ‘Temuduga’, DICEKUP!



KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang merogol dan merompak wanita selepas sesi ‘temuduga’ yang dilakukan di dalam bilik hotel, ditahan polis awal Rabu di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, hasil risikan polis, lelaki berusia 29 tahun itu yang diklasifikasikan sebagai perogol bersiri dan amat dikehendaki polis sejak 2010, ditahan di rumahnya pada 2 pagi ketika sedang tidur.

Beliau berkata, modus operandi lelaki itu ialah mengiklankan tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan di internet, khas untuk golongan wanita sahaja.

Suspek akan menghubungi mangsa yang kononnya disenaraikan pendek bagi mengatur sesi temuduga di hotel-hotel mewah dengan meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mangsa sendiri.

“Dia akan bagi alasan tak bawa kad pengenalan lah, duit tertinggal la. Inisemua bagi mengelakkan namanya direkod dan disyaki pihak berkuasa. Mangsa sebelum itu juga diminta membawa barangan berharga seperti I-Pad, telefon bimbit dan sebagainya,” katanya.

Ku berkata, selepas dirogol, barangan berharga milik mangsa juga dilarikan namun mangsa tidak dicederakan.

Beliau berkata, suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kes yang sama, yang dikesan sejak 2010 di Kuala Lumpur dan Selangor berdasarkan modus operandi yang digunakan.

“Namun kita percaya suspek terlibat dalam banyak lagi kes, (yang sama), namun tidak dilaporkan mangsa,” katanya dan meminta kaum wanita yang pernah menjadi mangsa lelaki itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.

Beliau berkata, suspek yang merupakan seorang jurujual direman pagi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan rogol serta melakukan rompakan. – BERNAMA

sumber:

Sunday

sukan: Keputusan Penuh Liga Perdana Inggeris 22 dan 23 september 2012

Keputusan Liga Perdana Inggeris 22 dan 23 september 2012

England - Premier League

Liverpool 1 - 2 Manchester U.
Newcastle U. 1 - 0 Norwich C.
Manchester C. 1 - 1 Arsenal
Tottenham H. 2 - 1 Queens Park R.
Swansea C. 0 - 3 Everton
Chelsea 1 - 0 Stoke C.
Southampton 4 - 1 Aston Villa
West Bromwich A. 1 - 0 Reading
West Ham U. 1 - 1 Sunderland
Wigan Athletic 1 - 2 Fulham

berita: 7 Terbunuh Di Pakistan Dalam Protes Ganas



ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya 17 maut dan 229 yang lain cedera dalam satu demonstrasi ganas di Pakistan pada Jumaat ketika protes dilihat terus tercetus di negara-negara Islam bagi membantah filem Innocence of Muslims serta karikatur terbitan majalah Charlie Hebdo di Perancis yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Seramai 12 orang maut di Karachi dan lima di Peshawar. Di Karachi, seorang anggota polis maut kerana ditembak ketika pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan supaya bersurai.

Setakat ini, seramai 19 orang mati di Pakistan dalam protes yang berlanjutan lebih seminggu. Sementara di Libya, protes ganas membunuh empat orang warga Amerika Syarikat termasuk dutanya, Chris Stevens.

Para penunjuk perasaan dikatakan tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa supaya mengadakan demonstrasi aman pada hari yang diisytiharkan sebagai hari cuti kebangsaan bagi menghormati Nabi Muhammad SAW.

Saksi-saksi memberitahu, dianggarkan seramai 45,000 orang mengadakan tunjuk perasaan di seluruh Pakistan. Pihak polis bertindak balas dengan melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ketika penunjuk perasaan membakar dan mencuri di pawagam, bank, kedai serta restoran-restoran di Karachi.

Penunjuk perasaan membaling batu serta menjerit “Orang Amerika ialah anjing” dan “Kawan Amerika ialah pengkhianat”.

Washington memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak pergi ke Pakistan, selain membelanjakan AS$70,000 (RM213,430) untuk menyiarkan amaran tersebut di televisyen. – AFP

sumber:

berita: Mencuri: Pura-Pura Ziarah Pesakit Diberkas



KUANTAN — Seorang lelaki yang berpura-pura mahu menziarahi pesakit di Hospital Jerantut, diberkas polis selepas cuba mencuri sebuah motosikal Honda Ex5 milik petugas hospital itu, semalam.

Dalam kejadian 1.45 pagi itu, seorang pengawal keselamatan, 30-an, yang sedang membuat rondaan terserempak dengan dua lelaki mencurigakan sedang berjalan menuju ke kuarters petugas hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt. Azid Ismail berkata, pengawal terbabit kemudian mengekori dengan jarak beberapa meter sebelum melihat seorang daripada lelaki itu sedang membuka kunci motosikal berkenaan.

“Pengawal terbabit menyergah dua lelaki berkenaan sebelum berlaku pergelutan dengan seorang daripada suspek,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.— BERNAMA

sumber:

berita: Apple, Samsung Bertelagah Keputusan AS$1b



SAN FRANCISCO – Tiada mana-mana pihak yang berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Amerika Syarikat (AS) yang memutuskan Samsung perlu membayar pampasan sebanyak AS$1 bilion kepada Apple selepas perbicaraan tiga minggu.

Samsung mahukan perbicaraan baru manakala Apple menuntut ganti rugi dan faedah tambahan sebanyak AS$707 juta.

Kedua-dua syarikat memfailkan saman mahkamah lewat malam dan awal pagi tadi dengan tuntutan mereka kepada hakim persekutuan di San Jose supaya keputusan terdahulu diubah atau batalkan semua keputusan juri 24 Ogos lalu.

Juri mendapati 26 produk Samsung melanggar hak paten Apple yang mengeluarkan iPhone dan iPad. – AP

sumber:

Saturday

Maaf, saya ni pemalu

Maaf, saya ni pemalu...

Saya malu gosok gigi sambil tonggek depan orang ramai

Saya malu sikat bulu kaki guna berus besi sambil jogging

Saya malu kayuh basikal sambil kentut

Saya malu kunyah sireh sambil joget lambak

Saya malu bercakap dengan kura-kura bila nampak pusat

Saya malu menyepak bola tanpa mengelap air liur

Saya malu juga taip macam ni sambil garu-garu kepala botol cuka

Saya malu anda baca saya.

Malulah saya..aww

berita: Aktor adakan hubungan seks sejenis kena jel 3 bulan



ABUJA (Nigeria): Seorang aktor Nigeria dijatuhkan hukuman tiga bulan penjara selepas mengaku mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki, iaitu di bawah “kesalahan tidak normal) di bawah undang-undang Nigeria, kata pendakwa raya, semalam.

Bestwood Chukwuemeka (gambar), bukanlah aktor terkenal tetapi dilaporkan pernah berlakon dalam filem dikeluarkan industri filem prolifik, Nollywood di Nigeria, dijatuhkan hukuman minggu ini oleh mahkamah majistret di Abuja.

Menurut pendakwa raya, Mohammed Umar, Chukwuemeka mengadakan hubungan seks dengan abang seorang kawan di sebuah rumah persendirian, Ogos lalu. - AFP

sumber:

berita: 60 Restoran KFC Di Pakistan Ditutup



NEW YORK – Yum! Brands memutuskan untuk menutup kesemua restoran makanan segera KFC di Pakistan susulan protes anti-Amerika Syarikat (AS) berkaitan dengan filem menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam.

Langkah itu diambil susulan serangan ke atas sebuah restoran KFC di Lubnan minggu lalu, demikian menurut syarikat itu, dipetik CNNMoney.

“Restoran KFC kami di Pakistan ditutup sebagai langkah berjaga-jaga,” kata jurucakap Yum! Brands, Christopher Fuller.

“Mereka akan terus memantau situasi untuk memutuskan bila ia akan dibuka semula,” katanya lagi.

Angka kematian ekoran protes terbaru semalam telah mencecah 15 sehingga petang semalam.

KFC ada lebih 60 restoran di 21 bandar di Pakistan.

Rangkaian itu juga mempunyai cawangan di 21 bandar raya di rantau Timur Tengah.

Laporan CNN menyebut bahawa pada 14 September lalu, penunjuk perasaan yang memprotes filem Innocense of Muslims telah menyerang sebuah restoran KFC dan dua lagi francais AS iaitu Hardee’s dan Krisphy Kreme di Tripoli, Lubnan.

“Beberapa restoran jenama AS di Tripoli juga rosak termasuk satu restoran KFC,” katanya lagi. – SinarHarian

sumber:

berita: Harap Kerajaan Tambah Imbuhan Tetap Perumahan



KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menambah Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada penjawat awam dalam belanjawan yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September ini.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, ini perlu kerana kos perumahan kini khususnya di bandar raya amat tinggi.

“Di kawasan bandar raya apabila wujudnya projek perumahan baharu, timbul masalah di mana orang yang berkemampuan sahaja yang dapat membeli rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berharap bahagian cukai pendapatan tidak memotong cukai penjawat awam untuk satu jumlah yang besar sekali gus.

Sebagai contoh, katanya, ketika penjawat awam mendapat kenaikan gaji 13 peratus baru-baru ini, cukai pendapatan dipotong antara RM600 hingga RM1,000 dan ini amat membebankan penjawat awam seolah-olah mereka tidak mendapat pelarasan gaji.

Lok berkata, menerusi belanjawan itu juga penjawat awam bagi kumpulan yang berpendapatan kurang RM100,000 setahun berharap dapat diberi pelepasan cukai. – BERNAMA

sumber:

berita: Lelaki Putus Kaki Selepas Diserang Harimau Di Zoo



NEW YORK – Seorang pelawat Zoo Bronx diserang harimau selepas dia melompat keluar daripada tren monorel dan terjatuh ke dalam sangkar haiwan berkenaan, kata polis dan pegawai zoo.

Lelaki berkenaan putus kakinya dalam kejadian berkenaan.


Serangan harimau itu berlaku pada kira-kira jam 3 petang waktu tempatan di kawasan binatang liar Asia, di mana tren membawa pelawat menyeberangi Sungai Bronx dan melalui kawasan hutan, melepasi bahagian hujung pagar yang didiami gajah, rusa dan harimau.

Penumpang tidak mempunyai tali pinggang keledar dan lelaki berusia 25 tahun itu tiba-tiba melompat keluar daripada tren dan melompat melepasi pagar. – AP

sumber:

berita: Kanak-kanak Ditemui Mati Lemas Di Lombong



BATU GAJAH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemui lemas di sebuah lombong berhampiran rumahnya di Jalan Bemban, Desa Harmoni dekat sini ketika sedang mandi bersama beberapa rakannya semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Shahrun Anuar Abdul Latif berkata, mayat Mohd. Danial Al-Aris Abdul Talib pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Siputeh di sini ditemui oleh unit penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat pada 10.20 malam tadi.

Mayatnya dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini hari ini ini.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada 5.35 petang semalam ketika mangsa bersama tiga rakan sebayanya pergi ke lombong yang jaraknya 200 meter daripada rumahnya.— BERNAMA

sumber:

40,000 Siswazah IPT Masih Mencari Pekerjaan



KUALA LUMPUR – Seramai 40,000 siswazah Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara masih mencari pekerjaan berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2011 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi KPT.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Datuk Omar Abd Rahman berkata angka itu melibatkan siswazah yang gagal mendapat pekerjaan tetap meskipun selepas enam bulan tamat pengajian.

“Setiap tahun, kita buat kajian ini dan tahun lalu, menunjukkan peratusan graduan yang masih belum bekerja ialah 21 peratus terdiri daripada IPTA dan 27 peratus IPTS. Manakala, 28 peratus daripada Politeknik dan 35 peratus Kolej Komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional (My3L) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau terdapat segelintir siswazah ditawarkan pekerjaan secara sambilan memandangkan belum terdapat kekosongan jawatan tetap yang sesuai dengan kelulusan mereka.

Sehubungan itu, Omar berkata KPT mengambil beberapa inisiatif menyelesaikan permasalahan itu, antaranya giat bekerjasama dengan industri pekerjaan di negara ini bagi memudahkan siswazah mendapat akses peluang pekerjaan.

Namun menurut Omar, antara faktor penyumbang kepada siswazah tidak mendapatkan pekerjaan ialah kerana mereka ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, kelulusan siswazah tidak mengikut kehendak industri serta industri tidak memberi peluang kepada mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, Omar berkata tahun ini kerajaan melalui 15 kementerian menyediakan 2,612 kursus di bawah program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Bagi memudahkan orang awam memperoleh maklumat berhubung program itu, satu Direktori PSH peringkat nasional sesi 2012/2013 dibangunkan dan bakal dilancarkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, katanya.

Karnival My3L bertemakan ‘Belajarlah Tanpa Henti’ itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan menyediakan 100 ruang pameran dengan disertai 15 kementerian dan pelbagai agensi kerajaan dan swasta. – BERNAMA

sumber:

Friday

Bekas Pembantu Juruteknik Didakwa Rasuah



KUALA LUMPUR – Seorang bekas pembantu juruteknik Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 10 pertuduhan memperoleh suapan lebih RM50,000 daripada seorang pengurus operasi sebuah syarikat kontraktor, dua tahun lepas.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Mohd Ezzwan Mohd Arshad, 36, didakwa memperoleh suapan wang tunai, yang kesemuanya berjumlah RM53,370.50, melalui akaun Maybank milik anggota keluarganya daripada pengurus Syarikat Q-Intell Sdn Bhd, Norhaizan Hassan sebagai upah untuk memberikan kerja-kerja pemasangan talian internet Streamyx di Negeri Johor kepada syarikat berkenaan.

Wang itu diperoleh Mohd Ezzwan melalui pegawai kewangan syarikat Q-Intell, Norhafizan Hassan di Maybank Cawangan Desa Pandan, Cheras di sini antara 20 Mei hingga 9 November 2010.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan tiga orang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Mahkamah turut menetapkan 11 Oktober untuk sebutan kes. – BERNAMA

sumber:

Celcom dianugerah Sijil ISO 9001:2008



KUALA LUMPUR - Celcom Axiata Bhd telah menerima persijilan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2008 (QMS) bagi kebolehannya memberikan perkhidmatan konsisten sejajar dengan keperluan pelanggan dan pengawalseliaan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, ia berkata persijilan itu diterima oleh ketua pegawai jualan dan komersil, Eric Chong dan diserahkan oleh pengarah urusan Sirim Qas International Sdn Bhd, Khalidah Mustafa.

Chong berkata sebagai syarikat pertama dalam industri itu yang menerima persijilan ISO 9001:2008, Celcom akan meneruskan komitmen mereka untuk memastikan keperluan pelanggan dapat dipenuhi, terutamanya dalam menyelaraskan proses dan menentukan kualiti.

"Apa yang kami buat di Celcom kebanyakannya adalah untuk menarik pelanggan mengikut terma mereka sendiri kerana kami percaya keperluan pelanggan sentiasa berubah," kata Chong.

ISO 9001:2008 adalah satu set amalan kualiti yang menggalakkan pendekatan proses bila membangunkan, perlaksanaan dan keberkesanan sistem pengurusan kualiti. -Bernama

sumber:

Ais lautan Artik Semakin Mencair



NEW YORK – Sekumpulan pakar kelmarin memberi amaran kecemasan berikutan kesan global akibat kecairan ais di kawasan Artik yang tidak diramal boleh berlaku, termasuklah pelepasan gas metana dari kawasan permafrost yang ketika ini berada di bawah ais.

Universiti Columbia dan kumpulan aktivis alam sekitar Greenpeace mengadakan majlis berasingan bagi membincangkan data kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan bahawa ais di lautan Artik telah menyusut kepada permukaan paling kecilnya sejak ia mula direkodkan pada tahun 1979.

Menurut data daripada Pusat Data Salji dan Ais di Boulder, Colorado, imej-imej satelit menunjukkan litupan ais Artik cair kepada 3.4 juta kilometer persegi pada Ahad lalu yang merupakan titik ramalan terendah tahun ini.

“Di antara tahun 1979 dan 2012, kita mengalami penurunan ais laut sebanyak 13 peratus bagi setiap dekad, melonjak daripada kadar enam peratus di antara tahun 1979 hingga 2000,” kata pakar oseanografi, Wieslaw Maslowski ketika berucap pada majlis Greenpeace.

“Jika trend ini berterusan kita akan kehilangan ais laut menjelang hujung dekad ini,” Maslowski. – AFP

sumber:

Harga Minyak Mentah Melonjak Di Asia



SINGAPURA – Harga minyak mentah melonjak di pasaran Asia selepas khabar angin wujudnya pelan baru untuk menyelamatkan Sepanyol yang dilanda krisis kewangan.

Kontrak hadapan New York Minyak Mentah ‘light sweet’ untuk penghantaran November melonjak kepada 61 peratus kepada AS$93.03 manakala Pasaran Minyak Mentah Brent North Sea pada tempoh sama menokok 48 peratus kepada AS$110.51.

Sentimen pasaran dipengaruhi khabar angin bahawa Sepanyol mungkin diletakkan dalam pelan menyelamat, kata penganalisis, Jason Hughes, dari IG Markets di sini.

Laporan Financial Times semalam berkata, pihak berkuasa Kesatuan Eropah (EU) sedang berunding untuk menyediakan pelan menyelamat yang baru menerusi penerbitan bond yang dibeli dari Bank Pusat Eropah bagi mengatasi hutang Sepanyol.

Program menyelamat baru itu dijadual diumumkan minggu depan, kata laporan itu. – AFP

sumber:

Penunggang Motosikal Maut Langgar Forklift



JOHOR BAHRU – Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar sebuah ”forklift” (jentera angkat susun) dalam kemalangan di Jalan Merbau 2, Bandar Putra, dekat Kulaijaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku pukul 11.30 malam dan menyebabkan Mohd Ridzuan Abdullah, 21, yang beralamat di Kampung Separa, Kulaijaya meninggal dunia di tempat kejadian.

“Motosikal yang ditunggang Mohd Ridzuan telah melanggar bahagian hadapan besi sisi kiri forklift terbabit semasa kenderaan itu sedang menurunkan barang dari sebuah lori,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulkefly berkata, pemandu jentera dan lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

sumber:

Gardenia Bina Kilang Terbesar Asia Tenggara



SHAH ALAM – Gardenia Bakeries(KL)Sdn Bhd pada Khamis mengumumkan pembukaan kilangnya yang kelima yang dilengkapi dengan peralatan berteknologi tinggi untuk menghasilkan tiga jenis roti dan waffles.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu, kilang baru ini adalah yang terbesar dan termoden di Asia Tenggara.

Ia terletak di Seksyen 26, di sini.

Kilang berautomatis penuh ini mampu menambah pengeluarannya sehingga 8,000 buku roti sejam.

Dengan kira-kira 2,500 orang pekerja di seluruh negara, Gardenia mempunyai tiga lagi kilang di sekitar sini dan sebuah di Puchong.

Kilang baru ini terbuka untuk dilawati oleh orang ramai dan ia dilengkapi dengan bilik jamuan, auditorium dan laluan untuk melihat tingkat produksi yang dibina khas).

Sejak 1991, Gardenia telah menerima lebih 25,000 pengunjung setiap tahun.

Pengurus Besar Kumpulan, Koh Chin Huat berkata, Gardenia memulakan pengeluaran roti pada tahun 1986 dan sejak itu ia terus memperkenalkan produk-produk roti, snek seperti kek, rol, bun, kaya dan waffles.

Pada Selasa lalu, Gardenia juga telah memperkenalkan kepada pasaran rangkaian produk tanpa pengawet tiruan.

Menurut Koh, ini adalah hasil kejayaan R&D serta teknologi baru yang melangkaui semua 16 jenis roti Gardenia.

“Kamajuan dalam teknologi makanan membolehkan potfolio produk Gardenia terus berkembang dan memuaskan keperluan pengguna dan kini para pengguna boleh menikmati roti Gardenia tanpa pengawet tiruan, pengawet sintetik dan pengawet bukan semulajadi,” jelas Koh.

Orang-ramai yang ingin membuat lawatan ke kilang Gardenia bolehlah membuat temujanji dengan menghubungi talian 03-55423228 sambungan ke 161 atau 166.

sumber:here

Tabung Haji Wujud Hospital Sementara Di Madinah



MADINAH – Tabung Haji menyewa sebuah pangsapuri di sini bagi mewujudkan sebuah hospital sementara dengan dilengkapi 24 buah katil serta unit farmasi dan kemudahan fisioterapi.

Pengarah Operasi Perubatan Madinah Dr Wan Mansor Hamzah, yang mengetuai operasi hospital itu berkata seramai 17 orang doktor, termasuk pakar bidang pernafasan, ditempatkan di hospital itu dengan dibantu 50 orang jururawat.

Hospital itu yang terletak kira-kira 2 kilometer dari hotel penginapan jemaah haji Malaysia, beroperasi sejak 13 Sept lepas, katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat lawatan ke hospital itu di sini Jumaat.

Katanya hospital itu telahpun mempunyai dua pesakit iaitu Ahmad A. Rahman, 76, yang dimasukkan ke hospital kerana kakinya dijangkiti kuman dan Halimah Abd Manap, 72, yang mengalami masalah sesak nafas semasa dalam penerbangan ke Arab Saudi.

Dr Wan Mansor berkata bagaimanapun untuk sakit yang serius, sehingga memerlukan penjagaan yang lebih rapi termasuk pembedahan, jemaah haji Malaysia akan dihantar ke hospital milik kerajaan Arab Saudi dengan semua bayaran ditanggung oleh Tabung Haji.

Tabung Haji juga turut menyediakan dua klinik bagi pesakit luar di Hotel Al Haram dan Hotel Movenpick di sini.

Beliau turut mengingatkan jemaah haji supaya sentiasa menjaga kesihatan mereka dengan memastikan sentiasa mengambil ubat walaupun mereka sibuk mengerjakan ibadah haji, serta makan mengikut waktu.

“Cuaca di Tanah Suci sekarang ini sangat panas dan kering, jemaah harus berhati-hati supaya tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari kerana ini menyebabkan mereka boleh terkena renjatan panas. Mereka juga patut banyak minum air untuk mengelakkan badan kehilangan cecair,” katanya.

Katanya setiap kali musim haji, penyakit yang kerap menyerang jemaah haji Malaysia yang rata-rata berusia 60 tahun ke atas ialah jangkitan saluran pernafasan serta radang paru-paru, dan risiko ini bertambah besar jika individu terbabit mempunyai sakit asma dan seorang perokok.- BERNAMA

sumber:

Thursday

Korea Selatan haramkan novel lucah Perancis



SEOUL - Korea Selatan mengharamkan penjualan sebuah novel lucah hasil nukilan penulis dan bangsawan Perancis abad ke-18, Marquis de Sade kerana mengandungi kelucahan keterlaluan, kata seorang pegawai semalam.

Pegawai Kanan Suruhanjaya Etika Penerbitan Korea, Jang Tag-Hwan berkata, pihaknya meminta penerbit novel The 120 Days of Sodom menarik balik bahan bacaan itu daripada pasaran.
Beliau juga mengarahkan semua salinan novel tersebut dimusnahkan.

Novel itu mengisahkan tentang pesta seks liar oleh empat individu kaki perempuan kaya yang merogol, menyiksa dan membunuh kebanyakan mangsa remaja.
Bahan bacaan tersebut mula dijual di sini bulan lalu.

"Sebahagian besar kandungan novel itu amat lucah dan kejam. Ia melibatkan penderaan seksual, sumbang mahram, perbuatan kebinatangan dan tarikan seksual terhadap mayat.
"Paparan secara meluas tentang aksi seksual melibatkan individu bawah umur membuktikan ia sebahagian daripada penerbitan berbahaya," kata Tag-Hwan.

Tambah Tag-Hwan, ini merupakan tindakan pertama pihaknya mengharamkan sebuah novel yang tidak termasuk dalam bahan bacaan kartun sejak tahun 2008.
Bagaimanapun, pihak penerbit berikrar untuk merayu dan merancang membawa kes itu ke mahkamah jika rayuan ditolak.

"Novel ini bukan mempromosikan bahan lucah dan keganasan. Ia mempersenda dan mengkritik sisi gelap sifat manusia di sebalik perbuatan seperti itu," kata Editor Kanan Dongsuh Press, Lee Yoong.

Jelasnya, novel berkenaan boleh didapati secara meluas di kebanyakan negara termasuklah Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Jepun.
"Banyak novel lucah boleh didapati di mana-mana sahaja. Saya tidak faham kenapa novel ini yang sesuai untuk penyelidikan akademik oleh pakar psikiatri atau pakar sastera harus menerima layanan berbeza," kata Yoong.

Novel The 120 Days of Sodom berada di pasaran ketika pengharamannya masih dalam peringkat rayuan. - AFP

sumber:

berita: Bill Gates Kekal Orang Paling Kaya Di AS



NEW YORK – Pengasas Microsoft, Bill Gates kekal sebagai orang paling kaya di Amerika Syarikat (AS) buat tahun ke-19 berturut-turut, nilai kekayaan meningkat sebanyak AS$7 bilion (RM21 bilion) tahun lalu.

Kekayaan beliau buat masa sekarang dianggarkan bernilai AS$66 bilion (RM198 bilion).

Dalam pada itu, jumlah nilai kekayaan warga AS telah meningkat 13 peratus kepada AS$1.7 trilion dengan purata milik 400 orang paling kaya di negara itu dianggarkan lebih $400 juta (RM1.2 bilion) tahun ini.

Mengikut senarai dikeluarkan oleh majalah Forbes, purata harta orang kaya dianggarkan AS$4.2 bilion (RM12.6 bilion).

Berikut 10 orang paling kaya di AS:

- Bill Gates, pengasas dan pengerusi Microsoft (AS$66 bilion)

- Warren Buffett, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Berkshire Hathaway (AS$46 bilion)

- Larry Ellison, Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif (AS$41 bilion)

- Charles Koch, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)

- David Koch, Pemilik bersama dan Naib Presiden Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)

- Christy Walton & Keluarga, pewaris harta Walmart (AS$27.9 bilion)

- Jim Walton, pewaris harta Walmar dan Pengerusi Arvest Bank (AS$26.8 bilion)

- Alice Walton, pewaris harta Walmart (AS$26.3 bilion)

- S Robson Walton, pewaris Walmart (AS$26.1 bilion)

- Michael Bloomberg, pengasas dan pemilik utama Bloomberg LP (AS$25 bilion) – SinarHarian

sumber:

Tiada Kenyataan Rasmi Haram Loket Beradioaktif



KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (Lembaga), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menafikan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pengharaman pemakaian beberapa loket yang mengandungi radioaktif semula jadi.

Setiausaha Eksekutifnya, Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pengharaman barang itu seperti didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) 5 September lalu.

Terdahulu, akhbar menyiarkan kenyataan Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris yang menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penjualan loket radioaktif oleh sebuah syarikat jualan langsung yang dikatakan mempunyai paras radiasi melebihi tahap dibenarkan.

“Lembaga, sebagai pihak berkuasa di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 sedang meneliti perkara ini dengan lebih lanjut bagi menjamin keselamatan orang awam sebelum membuat keputusan muktamad,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang andaian terhadap perkara ini dan bagi sesiapa yang berhasrat menggunakan loket itu, mereka hendaklah merujuk pihak pengeluar terlebih dahulu untuk tatacara pemakaiannya sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan pihaknya kelak. – BERNAMA

sumber:

Sony Perkenal PlayStation 3 (PS3)



TOKYO – Syarikat pengeluar barangan elektrik, Sony Corp. memperkenalkan gajet permainan videonya iaitu PlayStation 3 (PS3) yang lebih kecil, nipis dan ringan menjelang cuti akhir tahun nanti.

Langkah itu dilakukan sebagai persediaan untuk menangani saingan yang semakin sengit daripada telefon pintar.

Pengumuman itu dibuat semalam, sehari sebelum menjelang acara tahunan Tokyo Game Show yang akan dihadiri oleh pencipta-pencipta permainan video bersama produk masing-masing.

Model terbaharu PS3 itu mempunyai saiz yang hampir sama dengan sebuah komputer riba dan separuh lebih kecil berbanding saiz model asal yang diperkenalkan pada tahun 2006.

Model terbaharu itu ditawarkan dengan dua pilihan cakera keras dalaman lebih besar iaitu 500 gigabit dan 250 gigabit berbanding model sedia ada iaitu 320 dan 160 gigabit.

Pelancaran global akan bermula pada 25 September di Amerika Utara menerusi versi PS3 yang memiliki kapasiti cakera dalaman 250 gigabait. Gajet itu dijual pada harga AS$269 (RM823) seunit. – AP

sumber:

Messi Jadi Penyelamat Barcelona



BARCELONA – Penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi menjadi penyelamat Barcelona yang menyumbat gol kemenangan 3-2 ke atas Spartak Moscow dalam saingan sulung Kumpulan G Liga Juara-Juara Eropah, di Camp Nou, awal pagi tadi.

Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi Cristian Tello pada minit ke 14 sebelum Dani Alves menyumbat gol sendiri menjadikan kedudukan 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Barca yang memburu kejuraan ketiga Eropah dalam lima musim dikejutkan dengan gol pelawat pada minit ke-59 menerusi Romulo.
Namun, skuad Catalan itu bangkit untuk menguasai semula permainan dan Messi memperoleh gol penyamaan pada minit ke-71.

Berbaki 10 minit perlawanan tamat, Messi sekali lagi menyinar untuk menyumbat gol kemenangan Barca pada minit ke-80 untuk melengkapkan tiga mata penuh. – BHarian

sumber:

Siswazah Dirogol, Disamun Ketika Temu Duga Untuk Jawatan Bergaji RM400 Sehari!



KUALA LUMPUR – Dua wanita dirogol dan disamun ketika menghadiri sesi temu duga dalam dua insiden berasingan.

Pada Sabtu, seorang siswazah wanita berusia 22 tahun hadir sesi temu duga di sebuah hotel bajet sekitar Kuala Lumpur selepas memohon tawaran pekerjaan sebagai jurujual menerusi sebuah laman web.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, beberapa hari sebelum kejadian, mangsa telah menghantar permohonan kerja ke alamat e-mel (sonicact@gmail.com) dan diminta oleh suspek untuk menghadiri sesi temu duga kira-kira pukul 3.30 petang.

Menerusi emel itu, mangsa ditawarkan RM400 sehari untuk pekerjaan tersebut.

Mangsa diminta untuk bertemu dengan ‘penemu duga’ di dalam sebuah bilik hotel.

“Sebaik saja memasuki bilik tersebut, mangsa yang bersendirian, dirogol sebelum disamun,” katanya pada sidang media, Rabu.

Pada awal Ogos, seorang lagi siswazah wanita turut dirogol dan disamun selepas menghadiri sesi temu duga serupa di sebuah hotel berlainan di ibu negara.

Siasatan lanjut mendapati kedua-dua kes melibatkan seorang suspek yang menggunakan modus operandi sama.

Khairi berkata, suspek tidak meninggalkan nama, alamat atau nombor telefon untuk dihubungi ketika mendaftar masuk ke hotel berkenaan.

Beliau turut menasihati orang ramai terutamanya golongan wanita untuk menyemak dengan pihak hotel jika mereka diminta untuk menghadiri temu duga bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Polis telah mengedarkan fotofit suspek dan meminta pertolongan orang ramai bagi mengesan lelaki terbabit.



Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan 392 kerana samun. – MStar

sumber:

Wednesday

Soccer: Uefa Champion League 2012/2013 Group E, F, G, H

Uefa Champion League 2012/2013 Group E, F, G, H


Perlawanan pembukaan Uefa Champion League 2012/2013 Group E, F, G dan H sebentar lagi

Uefa Champions League - Group E
20 September 2012
Chelsea Vs Juventus
Shakhtar Donetsk Vs FC Nordsjaelland

Uefa Champions League - Group F
20 September 2012
Bayern Munich Vs Valencia
Lille Vs BATE Borisov

Uefa Champions League - Group G
20 September 2012
Barcelona Vs Spartak Moscow
Celtic Vs Benfica

Uefa Champions League - Group H
20 September 2012
Braga Vs CFR Cluj
Manchester United. Vs Galatasaray


Selamat menonton dan seterusnya jangan lupa tidur

Terengganu rombak pasukan:10 pemain disingkirkan



Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah membuat keputusan untuk menyingkirkan 10 pemain Terengganu.
Skuad Penyu yang dilanda pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini telah mengadakan mesyuarat tergempar menentukan nasib pemain pagi ini.

Terengganu yang telah menggantung jurulatih, Peter Butler selama enam bulan dan denda RM4,000 dan juga mendenda empat pemain yang lain hari ini telah memutuskan untuk menyingkirkan 10 pemainnya.

Dua pemain import mereka, Francis Forkey Doe yang menjaringkan 18 gol dalam semua pertandingan telah ditamatkan kontraknya dan Erisson Da Silva turut tidak disambung kontrak.

Penjaga gol utama, Sharbinee Allawee tidak akan beraksi lagi untuk Terengganu atas persetujuan bersama, begitu juga dengan bintang Penyu Muslim Ahmad.
Selain itu, Abdul Hadi Yahyah yang dikhabarkan akan ke menyertai Perak juga telah disingkirkan oleh Terengganu sementara Joseph Kalang Tie dikahabarkan akan kembali ke Sarawak.

Syukur Jusoh, Hariri Safee, Ailim Kamaruddin dan Reesyafiq Alwi juga telah disingkirkan.
Sementara itu, Marzuki Sulong pula dilantik sebagai Pengurus PBSNT, yang sebelum ini disandang oleh Datuk Che Mat Jusoh. Che Mat juga kekal sebagai presiden.

sumber:sini

Lelaki Korea Selatan bermekap untuk kerjaya



SEOUL - Jika dahulu, pemakaian mekap sinonim dengan kaum wanita namun kini semakin ramai lelaki di Korea Selatan gemar bersolek bagi membantu mereka berjaya dalam kerjaya yang diceburi.

Seorang pelajar sebuah pusat pengajian tinggi di sini, Cho Won-hyuk berkata, dia akan menggunakan bedak dan celak pada setiap pagi sebelum keluar rumah.
"Memiliki wajah bersih dan licin membuatkan anda kelihatan memiliki penjagaan diri yang baik," kata pelajar kolej berusia 24 tahun tersebut.

Seorang lelaki lain, Cho Gil-nam memberitahu, dia akan bersolek pada setiap pagi selepas mencuci dan memakai krim pelembap pada wajahnya.

Bekerja sebagai seorang penyiasat insurans di sini, lelaki berusia 27 tahun itu berkata, dia turut membawa kotak mekap untuk digunakan di dalam tandas awam bagi memastikan wajahnya kekal bersih dan licin sepanjang hari.

Mengulas fenomena yang kini melanda lelaki Korea Selatan, pakar kajian Korea di Universiti Nasional Australia, Roald Maliangkay berkata, kecantikan diri penting di negara berkenaan kerana ia menjadi penanda aras kejayaan seseorang lelaki.

"Bagi masyarakat Korea Selatan, gambaran pertama amat penting. Kulit seseorang lelaki memainkan peranan utama tentang gambaran itu," kata seorang pelajar berusia 20 tahun, Kim Deuk-ryong yang sependapat dengan Maliangkay. - AP

sumber:

AirAsia Perluas Promosi Tempat Duduk Percuma



KUALA LUMPUR — Kempen promosi “tempat duduk percuma” oleh AirAsia, yang ditawarkan bagi laluan domestik, diperluaskan ke laluan antarabangsa terpilih syarikat penerbangan tambang rendah itu bermula esok.

AirAsia berkata promosi itu, yang memerlukan penumpang membayar hanya cukai lapangan terbang dan fi yang dikenakan, menawarkan sehingga satu juta tempat duduk untuk direbut.

Tambang terangkum ke penerbangan domestik bagi AirAsia Malaysia, AirAsia Thailand, AirAsia Indonesia dan AirAsia Philippines adalah daripada sehingga serendah RM26 sehala.

Kempen promosi itu boleh didapatkan menerusi www.airasia.com, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Tempat duduk percuma ke destinasi antarabangsa boleh ditempah bermula esok sehingga Ahad bagi tempoh perjalanan dari 1 April, 2013 hingga 30 Sept, 2013. — BERNAMA

sumber:

Bayi Perempuan Ditemui Dalam Masjid Di Setiu



KUALA TERENGGANU – Seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dalam sebuah masjid di Kampung Saujana, Setiu, awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, bayi berkenaan dijumpai oleh imam dan ustaz masjid itu pada jam 6 pagi ketika mereka ingin menunaikan solat Subuh. “Ketika masuk ke ruangan solat lelaki, mereka melihat satu objek yang dibalut dengan tuala berwarna oren dan apabila didekati mereka mendapati objek itu ialah bayi perempuan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan kesan darah yang terdapat pada bayi itu, polis percaya bayi seberat 3.4 kilogram itu baru dilahirkan.

Bayi itu dihantar ke Hospital Setiu dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu dan klinik atau hospital yang menerima pesakit baru lepas bersalin supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

sumber:

Helikopter Terhempas Di Mexico



MORELLA – Helikopter kerajaan yang membawa krew penggambaran pelancongan terhempas di barat Mexico, pagi tadi.

Jurucakap pendakwaraya wilayah Michoacan, Carlos Arrieta berkata, helikopter terbabit terlanggar wayar di kawasan taman di Tasik Zirahuen dan terhempas ke dalam air serta kemudiannya karam.

Pengarah video mati lemas manakala tiga krew dan seorang kakitangan awam terselamat.

Pengarah video, Daniel Segundo mati manakala empat yang lain berjaya menyelamatkan diri dan dibawa ke hospital berdekatan tanpa kecederaan parah. – AP

sumber:

Kenapa Pemain China Tarik Diri Dari Terbuka Jepun 2012?



BEIJING – China menarik penyertaan para pemain badminton mereka daripada menyertai Terbuka Jepun minggu ini kerana keselamatan memandang isu perebutan kawasan Beijing dan Tokyo semakin buruk, kata penganjur.

“Pihak BWF mengesahkan kontinjen China menarik diri daripada Terbuka Jepun,” kata Thomas Lund, ketua pegawai operasi BWF kepada AFP.

“Malangnya pertandingan terpaksa diteruskan,” tambah beliau.

Secara rasmi daripada pusat pingpong dan badminton China bahagian pengurusan sukan kata kepada AFP: “Kami tarik diri daripada Terbuka Jepun.

“Keputusan dibuat mengambil kira keselamatan para pemain, memandangkan ketegangan hubungan China-Jepun sekarang ini, kami tarik diri.”

Keputusan dibuat Jumaat lepas, tambah mereka.

Seorang jurucakap Jepun bagi kejohanan itu berkata China memaklumkan kepada BWF pada 14 September yang 22 pemain tidak akan bertanding.

Terbuka Jepun bermula pada Selasa dan akan berakhir pada hari Ahad, dengan BWF mengatur semula undian perseorangan lelaki dan wanita serta beregu lelaki selepas pengumuman tersebut.

China dan Jepun terlibat dalam isu perebutan kawasan, Pulau Diaoyu, pulau kecil yang terletak di Laut China Timur.

Persatuan Badminton China menghantar surat kepada BWF mengatakan para pemainnya tidak akan bertanding di sirkit kelapan acara Siri Super, kata pengurus pemasaran Sirisuper BWF, S. Selvam kepada AFP.

Dengan ketiadaan pemain kuat China seperti juara bertahan, Chen Long serta Lin Dan dan Chen Jin memberi peluang cerah kepada pemain Malaysia, Lee Chong Wei menjadi pilihan juara. – AFP

sumber:

Banduan Yang Melarikan Diri Ditahan Semula



KUANTAN – Seorang banduan yang melarikan diri daripada kawalan polis selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam, berjaya ditahan semula di Taman Dato Rashid, di sini malam tadi.

Banduan berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 10.25 malam apabila dia keluar dari tempat persembunyiannya dan meminta air di sebuah rumah penduduk di taman itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata banduan terbabit juga minta dibukakan gari namun penduduk kampung segera memaklumkannya kepada polis.

“Banduan itu tidak cedera, hanya sedikit calar di muka kesan daripada kemalangan itu dan dia cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas polis,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata banduan terbabit dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sebelum dihantar ke Penjara Penor hari ini.

Semalam, tiga anggota polis parah selepas kereta polis yang membawa banduan itu hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu jalan dekat Taman Dato Rashid di sini.

Dalam kejadian 11.45 pagi itu, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan di bawah Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953 dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor, di sini.

Banduan yang dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan itu dikatakan bertindak agresif dengan menendang kerusi pemandu kereta polis itu menyebabkan ia hilang kawalan. – BERNAMA

sumber:

Filem Hina Nabi: Saudi Mahu Larang YouTube

RIYADH – Arab Saudi memberi amaran akan ‘mengharamkan’ YouTube di negara tersebut jika Google tidak memberi sebarang reaksi terhadap permintaan agar akses kepada klip filem Innocence of Muslims yang diterbitkan di Amerika Syarikat (AS), disekat.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Informasi Arab Saudi (CITC) telah mengarahkan syarikat di negara terbabit untuk menyekat filem berkenaan dari Internet dan juga meminta Google menyekat kesemua sambungan YouTube yang membawa kepada filem tersebut,” kata kenyataan dipetik agensi berita Saudi, SPA.

“Jika tuntutan ini tidak dipenuhi, CITC akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyekat seluruh laman sesawang YouTube,” kata SPA yang turut memetik kenyataan syarikat telekom, yang menggesa rakyatnya melaporkan sebarang pautan yang menyediakan akses kepada filem berkenaan.

“CITC menggariskan kepentingan untuk menyambung reaksi yang positif dan patut melaporkan sebarang sambungan elektronik yang membawa kepada agama yang sebetulnya, untuk menghalang daripada menghina Nabi Muhammad dan terhadap negara kita,” tambah kenyataan terbabit.

Sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan telah mati setakat ini ekoran protes, yang ada kaitan dengan filem terbabit di lebih 20 negara.

Antara yang terbunuh, Duta AS ke Libya, Christopher Stevens apabila Kedutaan AS diserang minggu lalu di Benghazi.

Semalam, Arab Saudi mengutuk filem terbabit serta mengecam serangan balas terhadap perkara terbabit.

Afghanistan, Pakistan dan Bangladesh telah menghalang akses ke YouTube selepas laman itu gagal mengalang filem terbabit yang telah dihasilkan oleh sekumpulan kecil pelampau Kristian di AS.

Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Yaman telah mengarahkan menyekat akses kepada semua laman sesawang yang boleh membawa kepada video terbabit.

Google turut menghalang akses ke laman tersebut di Malaysia, Indonesia, Libya, Mesir dan India.

Menteri Komunikasi Rusia juga memberi amaran akan melakukan perkara yang sama juga.

“Ia seperti bahan jenaka, tetapi oleh kerana video ini… semua akses YouTube boleh disekat di seluruh Rusia,” Menteri Nikolai Nikiforov menulis di Twitter tentang filem anti – Islam terbabit.

“Jika ada sebarang keputusan mahkamah terhadap YouTube yang tidak mengeluarkan video berkenaan, aksesnya menjadi terhad.”

Jurucakap laman sesawang YouTube, yang dimiliki oleh gergasi internet, Google berkata dalam satu kenyataan, mereka telah mula untuk mengurangkan akses klip terbabit yang dibuat secara persendirian berdasarkan garis panduan.

“Apabila video terbabit melanggar peraturan, kami akan membuangnya. Di mana kita telah menyatakan sesebuah video tersebut adalah salah di sesebuah negara, kita akan mengurangkan akses tersebut selepas diteliti,” katanya. – SinarHarian

sumber:

Nik Aziz: Protes Filem Hina Nabi Tak Kira Parti

KOTA BHARU – Umat Islam tidak mengira parti perlu memberi sokongan terhadap bantahan filem Innoncence of Muslims yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagi tujuan tersebut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, masyarakat Islam seharusnya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak agama Islam terus dipersendakan.

“Kalau tidak bertindak mereka akan buat benda lain lagi yang akan menyebabkan berlaku perkara yang tidak munasabah seperti di negara-negara luar, biar mereka sedar perbuatan itu salah dan ada orang yang halang, doa sahaja tidak cukup,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada perlu Pemuda Pas dan Umno bersama dalam perhimpunan besar-besaran membantah filem itu di Ibu Kota Jumaat ini.

Mengulas lanjut Nik Aziz berkata, antara punca yang menyebabkan penghinaan itu berlaku disebabkan masyarakat Islam sendiri yang tidak meletakkan Islam sebagai asas pemerintahan.

“Orang Islam sendiri yang melakukan pengkhianatan terhadap agama Islam, kita seharusnya sedar dan tidak melakukannya sekiranya tidak mahu lagi Islam dihina,” katanya.

Ditanya adakah protes melalui demonstrasi itu perlu dilakukan masyarakat Islam, Nik Aziz berkata, pendekatan itu boleh dilakukan, namun ia bergantung kepada keadaan tertentu.

Nik Aziz bagaimanapun enggan mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan perhimpunan membantah filem itu Jumaat ini. – SinarHarian

sumber:

Tuesday

Milah dan Angkara benda petak..



Ada ke orang macam ni?
Milah bukan nama sebenar jarang-jarang keluar rumah dan telah mabuk dengan benda-benda yang berbentuk petak. Dia selalu berurusan menggunakan benda-benda petak itu. Malah, Milah juga selalu shopping dengan menggunakan benda-benda petak tu. Milah tak main la pasaran tempatan. Dia main pasaran global. Interneseonal la katakan. Dolar, paun syiling, baht, peso dan lain-lain. Suatu hari Milah rasa nak masak. Dia pergi pasar sebab nak beli ikan. Nak makan ikan goreng terbelah belakang katanya. Akhirnya hajat Milah pun tercapai. Milah puas sebab sebelum-sebelum ni Milah hanya makan benda-benda petak tu. Kesian Milah jadi taksub dengan benda petak tu. Itulah akibat kerana terlalu asyik mengadap pc/komputer/lappy/talifon bijak/iPak/gadjek dalam kehidupan sehari-hari. Harap Milah menjadi normal kembali. Tergantung...

p/s : kasalahan ejaan adalah disengajakan.hehe...

sumber:


English: Jenis-jenis ikan yang kurang popular dan popular

Jenis-jenis ikan

Zebra Fish
Pleco Fish
Gold Fish
Kissing Gourami Fish
Moonlight Gourami Fish
Silver Shark Fish
Rainbow Shark Fish
Oscar Fish
Neon Tetra Fish
Black Wido fish (Black tetra)
Silver Dollar Fish
Guppy Fish
Asian Arowana Fish
Betta Fish
Tiger Barb Fish
Discus Fish
Arowana Fish
Piranha Fish
Pygmy Catfish
molly fish
Emperor tetra Fish
Cichlid Fish

Antara jenis-jenis ikan hiasan yang popular

Antara Jenis-jenis ikan hiasan yang popular

Ikan Flower Horn
Ikan Rainbow
Ikan Corydoras
Ikan Severum
Ikan Diskus
Ikan Emas
Ikan Arowana @ Ikan kelisa
Ikan Pelaga

Perebutan Pulau: Jepun Beri Amaran Kepada China



TOKYO – Pengawal pantai Jepun hari ini memberi amaran kepada sebuah bot dari China yang ditemui berada berhampiran pulau di wilayah yang menjadi perebutan antara Beijing dan Tokyo.

Menurut jurucakap dari pusat kawalan pantai di Okinawa, bot peronda perikanan China dilihat berada berhampiran satu daripada pulau kecil di kepulauan yang menjadi perebutan di antara dua negara berkenaan. “Bot itu berada kira-kira 42 kilometer di barat laut Uotsurijima pada jam 7 pagi waktu tempatan dan kemudian dilihat berlayar ke timur,” katanya.

Tunjuk perasaan anti-Jepun semakin memuncak dan diadakan di seluruh China baru-baru ini terhadap pulau yang terletak di Laut China Timur dengan Beijing menamakan pulau itu adalah Pulau Diaoyu dan Pulau Senkaku oleh Jepun. – AFP

sumber:

Liga Juara-juara Eropah UCL, Real Madrid Vs Man.City



Real Madrid akan melawan Man.City sekejap lagi.
Berikut adalah kelab dan kumpulan:


Kumpulan A
Dinamo Zagreb lwn FC Porto
Paris Saint-Germain lwn Dynamo Kiev

Kumpulan B
Montpellier lwn Arsenal
Olympiakos lwn Schalke 04

Kumpulan C
AC Milan lwn Anderlecht
Málaga lwn Zenit St Petersburg

Kumpulan D
Borussia Dortmund lwn Ajax Amsterdam
Real Madrid lwn Manchester City

SKMM Pantau Kandungan Penyiaran Bahan Di Internet



KUANTAN – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memantau dan menapis kandungan klip video yang disiarkan di internet, persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang diberitahu pada Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin, berkata dengan mengambil isu penyiaran klip video yang menghina Nabi Muhammad s.a.w di internet baru-baru ini sebagai contoh, semua pihak juga perlu tampil membuat aduan rasmi sekiranya mengesan sebarang klip video yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum atau agama disiarkan di internet.

“Perkara ini sentiasa dipantau SKMM melalui ‘Task Force’ yang mereka tubuhkan. Penyiaran klip video seperti ini, tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi jika ia boleh menganggu keharmonian hubungan antara kaum dan agama.

“Orang ramai perlu memainkan peranan dan membuat laporan segera kepada pihak SKMM atau mana-mana pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang penyiaran bahan seperti itu,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Shahaniza Shamsuddin (BN-Kuala Sentul) yang mahu tahu apakah tindakan kerajaan bagi menghalang penyiaran klip video yang berjudul Innocence of Muslims, di YouTube baru-baru ini terhadap pengguna internet di negara ini.

Menjawab soalan Datuk Pang Tsu Ming (BN-Semambu) berhubung jenayah siber yang semakin serius, Mohd Sharkar berkata kebanyakan kes penipuan internet membabitkan sindiket yang beroperasi di luar negeri Pahang dan luar negara.

“Pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman memiliki ‘Task Force’ sendiri bagi mengendalikan kes seperti ini.

“Orang ramai perlu berhati-hati dengan pelbagai taktik licik yang digunakan kumpulan atau sindiket penipuan internet dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika menjadi mangsa,” katanya.

Katanya, kebanyakan mangsa pula adalah wanita yang belum berkahwin, ibu tunggal dan mereka yang berkerjaya.

“Terdapat dua kemungkinan yang mendedahkan individu menjadi mangsa sindiket penipuan internet iaitu sikap tamak mereka sendiri, atau terlalu lurus bendul dan mudah percaya dengan setiap benda yang mereka dengar atau pesanan yang diterima melalui e-mel atau laman sosial,” katanya. – BERNAMA

sumber:

Berita: Suspek Berumur 21 Tahun; Kes Campak Bayi Dari Tingkat 3

Suspek Berumur 21 Tahun: Kes Campak Bayi Dari Tingkat 3

PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat itu.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya.

“Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya.

“Kita percaya bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala,” katanya.

Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dicampak dari tingkat tiga melalui bahagian dapur rumah suspek.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, seorang penduduk terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan ketika sedang membaiki motosikal di kawasan tempat letak kereta pangsapuri terbabit.

Penduduk terbabit menyedari ada bunyi benda jatuh namun tidak menyangka ‘benda’ itu adalah bayi yang dicampak dari bangunan tempat tinggalnya.

Mayat bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan menjurus pelbagai aspek termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian. – SinarHarian

sumber:

Berita: LTdL 2013 Bermula Dengan Praperlumbaan Di Langkawi



PUTRAJAYA – Kejohanan berbasikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-18 akan bermula dengan praperlumbaan di Langkawi sebelum perlumbaan peringkat pertama bermula di Kangar, Perlis pada 21 Februari depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, praperlumbaan akan berlangsung pada 20 Februari dan tidak akan membabitkan pengiraan mata kerana matlamatnya sekadar memperkenalkan venue lahir kejohanan kepada pelumba. Kementerian mahu mengekalkan identiti dan sejarah perlumbaan LTdL sejak diperkenalkan pada 1996, katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas edisi LTdL 2013, Ahmad Shabery berkata, perlumbaan berstatus 2.HC (Hors Classe) itu akan disertai 20 pasukan termasuk dari Perancis serta Amerika Syarikat dan akan berlangsung hingga 2 Mac.

(Hors Classe merupakan status tertinggi yang diberi kepada sesebuah perlumbaan berbasikal yang mendapat pengiktirafan Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI).

Ahmad Shabery berkata, antara laluan baharu untuk edisi kali ini ialah Serdang, Sungai Siput dan Kuala Kangsar, yang pasti memberi pengalaman baru kepada pelumba edisi 2013.

“Apa yang menarik perlumbaan kali ini menampilkan tiga pendakian berstatus ‘Hors Classe’ iaitu dua di Cameron Highlands dan satu lagi puncak di Genting Highlands,” katanya.
Beliau berkata, Terengganu sekali lagi dipilih sebagai penutup perlumbaan apabila empat peringkat terakhir berlangsung di negeri tersebut dengan misi sampingan mempromosi Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.

“Ia juga sebagai penghormatan kepada kerajaan negeri Terengganu atas kejayaannya menghasilkan ramai pelumba terbaik negara sama ada dalam acara trek dan lebuh raya.

“Diharap ia akan menjadi cabaran untuk negeri lain dalam menyusun program pembangunan sukan masing-masing dalam usaha melahirkan bakat-bakat baru sukan yang mampu diketengahkan ke peringkat dunia,” katanya.

Beliau berkata, daripada 20 pasukan yang menyertai LTdL 2013, dua merupakan pasukan bertaraf ‘protour’ iaitu pasukan Garmin dari Amerika Syarikat dan Astana dari Kazakhstan.

“Kita sedang berusaha memujuk satu atau dua lagi pasukan bertaraf ‘protour’ untuk memberi lebih kehangatan sesuai dengan tema perlumbaan kali ini iaitu ‘The Heat is On’ atau ‘Bahang Kian Terasa’,” katanya.

Laluan Le Tour de Langkawi 2013
——————————-
Peringkat 1 (21 Feb) — Kangar – Kulim (162.7 km)
Peringkat 2 (22 Feb) — Serdang – Kuala Kangsar (116.0 km)
Peringkat 3 (23 Feb) — Sungai Siput – Cameron Highlands (145.5 km)
Peringkat 4 (24 Feb) — Tapah – Kapar (168.0 km)
Peringkat 5 (25 Feb) — Proton – Genting (108.0 km)
Peringkat 6 (26 Feb) — Mentakab – Kuantan (212.8 km)
Peringkat 7 (27 Feb) — Kuantan – Dungun (149.8 km)
Peringkat 8 (28 Feb) — Kuala Terengganu – Tanah Merah (164.5 km)
Peringkat 9 (1 Mac ) — Pasir Puteh – Kuala Berang (123.6 km)
Peringkat 10(2 Mac ) — Tasik Kenyir – Kuala Terangganu (114.8 km)


Jarak Keseluruhan : 1465.6 km – BERNAMA

sumber:

100 kedai pakaian dalam diarah tutup



RIYADH - Kementerian buruh mengarahkan penutupan kira-kira 100 kedai pakaian dalam wanita di ibu negara Arab Saudi kerana mempunyai lelaki sebagai pekerja jualan mereka.

Langkah itu dilakukan bagi menyediakan persekitaran selamat untuk pekerja wanita.

Akhbar Al-Eqtisadiah melaporkan, semua kedai yang melanggar undang-undang 'pekerjaan feminisme dan nasionalisme' akan ditutup.

Kementerian itu pada awal tahun ini telah melarang lelaki daripada menjadi pembantu pekerja di kedai pakaian dalam wanita.

Raja Abdullah telah mengeluarkan perintah pada Jun 2011 mengenai had tugas untuk wanita di kedai pakaian dalam wanita.

Usaha itu adalah bagi mengurangkan jumlah pengangguran wanita yang semakin meningkat di negara konservatif itu. - AFP

sumber:

Hari tanpa kereta di Brussels, Belgium



BRUSSELS, Belgium - Beberapa batang jalan raya di bandar raya ini tidak dilalui sebuah kenderaan pun sempena Hari Bebas Kereta kelmarin.
Sejumlah orang berjalan, berbasikal, menunggang skuter dan memakai kasut roda semasa mereka melalui jalan tersebut.
Ia diadakan bagi menggalakkan orang ramai tidak menggunakan kereta ketika berada di kawasan bandar.
- Agensi

sumber:

Monday

Betul ke Teh hijau bantu cegah barah kulit?

Ekstrak teh hijau dikatakan boleh mengubati penyakit barah kulit.

Kajian dapati pati minuman mampu hapus ketumbuhan

Edinburgh: Kalangan saintis berharap sejenis ubat berasaskan teh hijau yang berkesan untuk mencegah barah kulit akan dapat dihasilkan selepas kajian mendapati pekatan minuman itu boleh menghapuskan hampir separuh daripada ketumbuhan penyakit berkenaan.

Pensyarah kanan Institut Farmasi dan Sains Bioperubatan Strathclyde, Dr Christine Dufes berkata satu kajian makmal yang dijalankan sepasukan penyelidik di Universiti of Strathclyde, mendapati 40 peratus tumor barah kulit dapat dihapuskan menggunakan bahan dalam teh hijau dikenali epigallocatechin gallate.

Beliau berkata, sejak sekian lama, teh hijau dipercayai mempunyai bahan mencegah barah dan kajian ke atas pekatannya pernah dibuat sebelum ini. Bagaimanapun ini kali pertama penyelidik berjaya menggunakannya untuk mengecutkan tumor barah kulit.

Sebelum ini gagal

Beberapa percubaan sebelum ini menemui kegagalan kerana saintis menggunakan kaedah titisan dapat tidak memperoleh cukup pekatan untuk menghapuskan tumor terbabit.

“Berikutan itu pasukan penyelidik mewujudkan kaedah menyasarkan protin tubuh yang membawa molekul zat besi ke bahagian kulit yang dijangkiti barah,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan jurnal Nanomedicine.

Beliau berkata ujian makmal yang dijalankan ke atas sejenis barah kulit manusia menunjukkan 40 peratus ketumbuhan hilang selepas rawatan selama sebulan, manakala 30 peratus lagi mengecut.

Kurangkan saiz tumor

Dr Dufes berkata kaedah yang digunakan menunjukkan ekstrak teh hijau mengurangkan saiz kebanyakan tumor setiap hari dan dalam beberapa kes berjaya menghapuskannya.

“Keputusan yang diperoleh amat memberangsangkan dan kami berharap ia akan membuka jalan kepada kaedah rawatan baru barah yang lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata apabila kaedah titisan digunakan ekstrak teh hijau mengalir ke seluruh tubuh dan apabila sampai kepada tumor ia sudah bercampur dengan bahan kimia lain dan menjadi terlalu cair.

“Dengan menyasarkan sistem penghantaran dalam tubuh, ekstrak itu mengalir terus kepada tumor tanpa menjejjaskan tisu normal yang lain,” katanya. - Agensi


sumber:

Cara, Petua, Tips Berhenti Merokok



1. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah, lobak merah, buah epal dan sebagainya.
Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

2. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.

Katakan pada diri anda “nanti” setiap kali anda ingin merokok.

3. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

4. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam.
Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

5. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok.
Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

sumber:sini

Gunung Berapi Gamalama Indonesia Meletus



TERNATE (Indonesia) – Gunung berapi Gamalama di kepulauan Molucca terletak di timur Indonesia meletus sehingga mengakibatkan debu kelabu tebal di awan.

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan dan kerosakan harta benda diterima setakat ini.

Ahli kaji gunung berapi daerah itu, Kristianto, berkata gunung berapi Gamalama yang kembali aktif minggu lalu, meletus dua kali pada hujung minggu lalu sehingga mengakibatkan pelepasan debu setinggi 1 kilometer.

Kali terakhir Gamalama meletus adalah tahun lalu dan aliran lumpurnya menyebabkan empat penduduk kampung dua minggu kemudian. – AP

sumber:

Demo bantah filem hari ini, Kedutaan AS di Bangkok ditutup



BANGKOK - Kedutaan Amerika Syarikat di sini akan ditutup kepada awam tengah hari ini berikutan demonstrasi yang dirancang sebagai membantah filem menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Temu janji bagi perkhidmatan visa dan kewarganegaraan yang dijadual tengah hari ini dibatalkan dan dijadualkan pada tarikh lain, demikian menurut
kenyataan di laman web kedutaan itu.

Kedutaan AS telah diberitahu oleh polis Thai bahawa satu demonstrasi melibatkan beberapa ratus orang dirancang diadakan di hadapan kedutaan itu
antara 1 hingga 2 petang.

"Kedutaan AS di Bangkok tidak menyedari buat ketika ini sama ada wujud sebarang ancaman terhadap warga AS di Thailand," tambah kenyataan itu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kata kenyataan itu, kedutaan menasihatkan warganya agar berhati-hati dan mengawasi keadaan sekitar, terutama di kawasan kumpulan orang ramai.

Demonstrasi bantahan terhadap filem terbitan pembikin filem Yahudi yang menghina Nabi Muhammad itu kini merebak ke lebih 20 negara dan
mengakibatkan ramai terkorban, termasuk duta besar AS ke Libya.  - Bernama

sumber:

kenapa Peter Butler digantung 6 bulan, denda RM4,000?

KUALA TERENGGANU - Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memutuskan untuk menggantung jurulatih Terengganu Peter Butler selama enam bulan mulai esok dan mengenakan denda RM4,000 terhadap jurulatih dari England itu.
 
Pengerusi jawatankuasa itu, Ahmad Shukri Zakaria berkata Butler dikenakan hukuman itu bagi kesalahan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung dakwaan salah laku dua pemain Terengganu membawa wanita masuk ke bilik mereka tanpa terlebih dahulu melaporkannya kepada pihak pengurusan.
 
Beliau berkata pemain terbabit, Mohd Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi, mengaku keluar serta balik ke hotel lewat malam hampir pukul 3 pagi sebelum perlawanan Terengganu menentang Kedah di Alor Setar pada 28 Ogos lepas.
 
"Mesyuarat mengambil keputusan untuk memberi amaran keras kepada kedua-dua pemain itu, dan mengenakan denda sebanyak RM1,000 seorang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu hari ini.
 
Turut hadir Yang DiPertua PBSNT, yang juga Pengurus Pasukan Terengganu Datuk Che Mat Jusoh dan Timbalan Yang DiPertua PBSNT Sheikh Tajudin Sheih Yusof.

"Bagi kesalahan kedua (iaitu) bertindak biadap terhadap penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee pula, Butler dikenakan potongan gaji sebanyak 15 peratus daripada gaji pokok untuk sebulan.
 
"Butler melakukan kesalahan itu di tepi padang di hadapan penonton ketika perlawanan antara Terengganu dan Kedah pada 1 Sept lalu," katanya.
 
Ahmad Shukri berkata Mohd Sharbinee diberi amaran keras di samping denda RM1,000 kerana bertindak membaling botol ke arah Butler dalam insiden itu.
 
Beliau juga berkata bagi Forkey Do yang didakwa menyiku dan menendang pemain Kedah semasa bola tidak ada dalam kawalan pada perlawanan sama, jawatankuasa itu memutuskan untuk memotong 10 peratus gaji pemain Liberia tersebut selama sebulan.
 
Sementara itu, Che Mat berkata buat masa ini, Butler masih lagi jurulatih Terengganu sehingga kontrak beliau tamat November tahun depan.
 
"Apapun kita akan membuat persediaan awal dari segi pemain dan jurulatih bagi menghadapi saingan Liga Malaysia yang dijangka lebih sengit tahun depan," katanya. - Bernama

sumber:

Russia mahu haram Innocense of Muslims

MOSCOW - Pihak berkuasa Russia mahu mendapatkan kebenaran bagi mengharamkan film Innocense of Muslims yang telah mencetuskan keganasan dan protes di seluruh dunia.

Pejabat Pendakwa Raya semalam berkata, pihaknya akan meminta kebenaran mengharamkan filem tersebut atas alasan ia "ekstremis dan menyinggung penganut" agama Islam.

Selain itu Pejabat Pendakwa Raya juga berkata, pihaknya telah menggesa penyedia Internet utama agar menyekat filem itu daripada terus disebar ke seluruh dunia.

Filem kos rendah yang dihasilkan di Amerika Syarikat (AS) itu telah ditayangkan sejak tiga bulan lalu dan trelernya dimuat naik di YouTube baru-baru ini.

Pendakwa Raya berkata, Russia bimbang bahawa filem itu akan mencetuskan rasa tidak senang di kalangan komuniti Islam di negara itu.

Interfax melaporkan bahawa Pejabat Pendakwa Raya "bersedia untuk memohon kepada mahkamah agar mengiktiraf filem itu, yang disebarkan di Internet dan memudaratkan penganut (agama Islam), sebagai bahan ekstremis."

Protes dan keganasan di 20 negara telah meragut 17 nama setakat ini di Afrika Utara dan Timur Tengah

sumber:sini

Remaja 19 tahun diperkosa lebih 7 lelaki

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun melalui detik hitam dalam hidupnya selepas diperkosa secara bergilir-gilir dipercayai lebih tujuh lelaki dalam kejadian di sebuah hotel murah di Cheras, di sini.

Difahamkan, remaja terbabit dianiaya oleh dua rakan lelaki yang membawanya ke hotel berkenaan selepas mangsa tidak sedarkan diri dipercayai diberi minuman keras.

Sumber berkata, dalam kejadian malam Jumaat lalu, mangsa bersama seorang rakan perempuannya dibawa keluar oleh dua lelaki yang juga rakannya ke sebuah kelab malam di ibu kota jam 12 tengah malam.

“Ketika di dalam kelab itu, mangsa dipercayai diberi minum minuman keras menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Dalam keadaan separuh sedar mangsa dibawa rakan-rakannya itu ke sebuah hotel di Cheras.

“Mangsa mendakwa menyedari didatangi empat lelaki ketika di dalam sebuah bilik hotel itu yang bertindak memegang tangan dan kakinya ketika dia cuba melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, mangsa menjerit dan minta dilepaskan bagaimanapun badan mangsa yang lemah tidak berupaya melawan menyebabkan dia ditolak oleh keempat-empat lelaki itu dan menghempas mangsa ke katil “Mangsa diperkosa secara bergilir-gilir dipercayai lebih tujuh lelaki sebelum mangsa dihantar kedua-dua rakan lelakinya itu pulang ke rumahnya pada sebelah pagi,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang mengalami kecederaan ringan akibat dipukul dan diperkosa suspek kemudiannya tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berkenaan.

sumber:sini

Sunday

Mayat Bayi Perempuan Ditemui Dipercayai Dicampak

PETALING JAYA – Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya di sini hari ini dengan kecederaan parah di kepala akibat dicampak dari tempat tinggi.

Bayi dipercayai baru lahir dan berkulit cerah itu ditemui seorang penduduk di situ, Jundi Mat, 35, kira-kira pukul 11 pagi.

Jundi berkata ketika kejadian, beliau sedang mengambil motosikal kira-kira dua meter dari tempat bayi itu dicampak sebelum terdengar bunyi objek jatuh.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti ada objek terjatuh di belakang saya dan setelah diperhati adalah seorang bayi,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau yang pada mulanya menyangka itu adalah patung permainan terus memanggil individu lain di situ untuk mengesahkan penemuan bayi malang tersebut.

“Semasa saya menjumpai bayi tersebut dia dalam keadaan tertiarap, tidak menangis dan tidak bergerak,” katanya, yang menetap di tingkat tiga blok 11 di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan seorang wanita berusia 20-an dipercayai terlibat dalam kes itu telah ditahan.

“Dipercayai bayi tersebut dicampak dari tingkat tiga blok itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh,” katanya.

Bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat bayi tersebut dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. – Bernama

sumber:

Tips / Petua Menjaga Kesihatan Mata


Petua ni sesuai diamalkan sesiapa sahaja terutama pelajar atau individu yang bekerja dalam bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pelakon, penyanyi, pereka laman web, pereka grafik, pereka dalaman, usahawan internet, penulis blog dan sebagainya. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya layan facebook, main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dan sebagainya.

1. Setiap kali mandi atau berwudhu(bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi

2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab,tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.

3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga, caranya:

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda.
Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah,jangan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pada objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa he.. he..he.., dan mata anda juga berisiko untuk terkena lontaran objek-objek berbahaya.

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.

4. Amalkan makan makanan yang kaya dgn vitamin A & C seperti susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.

5. Elakkan melihat benda-benda yang tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yang boleh merosakkan mata & minda anda,he he.. faham-faham sendirilah ye.

sumber:sini

Tips / Petua Merawat Sengugut

Sebahagian wanita mengalami kesakitan sengugut ketika datang bulan. Untuk mengatasi masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:

Petua 1
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


Petua 2
Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.


Petua 3
Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.


Petua 4
Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.


Petua 5
Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

sumber:sini

Tips Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan.

- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

- Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.

- Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

- Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

- Makan biji buah Peria.

- Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

- Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.

- Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.

- Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah menurun.

sumber:sini

cara sempoi menghapuskan cicak di rumah

Adakah anda suka jika hidup di kelilingi oleh cicak? Persoalannya, kenapa ada cicak di rumah? Jadi kali ini aku ingin berkongsi cara-cara menghapuskan cicak yang berada di rumah. Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya kongsi sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. Di bawah ini adalah cara menghapuskan cicak yang boleh anda cuba;

TIPS (1)
MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan LIPAS.

TIPS (2)
Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya serangga dapat dikurangkan. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.

TIPS (3)
Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!! Cara-caranya adalah tumbuk 2 biji lada merah atau 4-5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.

TIPS (4)
Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor. Cara-caranya adalah basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Kulit telur jika termakan boleh tercekik. BAHAYA. JANGAN LALAI.

TIPS (5)
Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak. Caranya dengan menjaga kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN LALAI.

TIPS (6)
Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. Tapi kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-penak sekejap sahaja setelah hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.

Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.

Akhir kata, semoga tips-tips serta cara menghapuskan cicak ini berkesan untuk anda dan silalah mencubanya di rumah masing-masing. Jika tak cuba kita tak akan tahu samaada cara-cara tersebut berkesan atau pun tidak.

sumber:sini

ikan hiasan / ornamental fish

Web Counter