Friday

Ikan hiasan @ ornamental fish (Pengenalan)

Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish diperingkat antarabangsa merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan hiasan diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai spesis ini mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi memelihara ornamental fish ini, anda hendaklah mempunyai serba sedikit ilmu mengenai penjagaannya seperti kualiti air, cara pemberian makanan, proses pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi supaya tidak berlaku kematian atau kecederaan pada ikan dalam waktu yang singkat. Pengetahuan ini dapat mengelak keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan ikan hiasan tersebut dan membantu pemilik daripada mendapat kerugian. Lebih-lebih lagi ikan hiasan yang mempunyai harga pasaran yang tinggi. Sudah tentu anda tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda.

No comments:

ikan hiasan / ornamental fish

Web Counter