Monday

Ikan hiasan @ ornamental fish (kaedah ternakan pilihan kepada pengusaha baru)

Setiap pengusaha seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran baik dari segi teori mahu pun amali. Persiapan yang perlu dilakukan meliputi kesesuaian kaedah yang mampu diuruskan oleh para pengusaha ikan air tawar terutama ikan hiasan. Walaubagaimanapun penerangan ini sekadar cadangan kepada pengusaha baru sebaliknya anda disarankan melakukan kajian terperinci sebagai persedian menghadapi keadaan yang sebenar. Anda perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada golongan-golongan tertentu yang mahir dalam bidang ini. Kaedah ternakan yang berskala kecil yang popular dan banyak diusahakan di Malaysia ialah ternakan dalam kolam, ternakan dalam sangkar dan ternakan dalam tangki. Kaedah-kaedah ternakan ikan air tawar (ikan hiasan) ini sesuai bagi pengusaha baru kerana modalnya yang memadai bagi sesuatu projek ternakan ikan (ikan hiasan). Kesesuian tapak serta cara ternakan yang betul menjadi punca keberkesanan hasil yang bakal diperoleh. Pengusaha perlu bijak mempelajari cara dan teknik terkini pembenihan baka ikan terutama ikan hiasan seperti pemilihan baka, pengasuhan, pemberian makanan, kematangan induk dan pembiakan secara terkawal.

Ikan hiasan @ ornamental fish (faktor yang perlu di kenalpasti sebelum memulakan projek ternakan)

Sebelum berhasrat memulakan projek akuakultur ikan air tawar (ikan hiasan) sebaiknya beberapa faktor penting perlu dikenalpasti bagi melancarkan proses ternakan dan pengurusan pada masa depan. Antara faktor tesebut termasuk penyediaan tangki, pemeriksaan mutu air, kawalan penyakit serta cara penuaian hasil. Kaedah-kaedah terkini yang lebih cepat dan mudah perlu dipelajari bagi meringankan beban pengusaha baru serta mengurangkan jurang persaingan dengan pengusaha yang telah lama bertapak dalam bidang ini. Para pengusaha ikan ternakan air tawar termasuklah ikan hiasan perlu melakukan seberapa banyak kajian dan lawatan ke tempat-tempat ternakan yang telah berjaya bagi mendapatkan jaminan supaya usaha yang bakal dilakukan tidak menemui jalan buntu. Perkara penting yang mesti diutamakan adalah mengenai pengurusan kewangan serta merekod perkara yang dilakukan terhadap ternakan (ikan hiasan) bagi perancangan masa hadapan yang lebih cekap dan bersistematik.

Wednesday

Ikan hiasan @ ornamental fish (Peluang kerjaya)

Peluang kerjaya melalui ikan hiasan ini dapat direalisasikan dengan minat dan kesungguhan. Bagi anda yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan berkait ikan hiasan ini anda perlu mengetahui serba sedikit mengenai perniagaan ini. Penerangan dibawah lebih tertumpu kepada perniagaan ikan hiasan dalam akuarium. Antaranya, perniagaan ikan hiasan dalam akuarium meliputi menjual serta membekal berbagai-bagai jenis ikan hiasan dan peralatan untuk memeliharanya. Peralatan tersebut seperti akuarium, penapis (filters), pam (pump), klorin, sumber oksigen, heaters dan pelbagai aksesori yang berkaitan. Perniagaan berkait dengan ikan hiasan dalam akuarium ini berpotensi untuk maju disebabkan peningkatan bilangan peminat terhadap ikan hiasan. Walaupun hanya peningkatan yang sedikit, namun perkembangannya semakin memuaskan. Untuk pengetahuan anda, penyumbang kepada bidang perniagaan ini bukan hanya daripada individu malah turut mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Antaranya:
1-Pejabat
2-Sekolah
3-Intitusi pengajian tinggi
4-Asrama
5-Tempat pelancongan
6-Hotel
7-Resort
8-Hospital
9-Restoran
10-Kantin
11-Stesen-stesen pengankutan awam
12-Kedai
13-Kompleks membeli-belah

ikan hiasan / ornamental fish

Web Counter