Wednesday

berita: RFC Perkenal Restoran Bergerak Guna Trak



SHAH ALAM – Radix Fried Chicken (RFC) bakal memperkenal restoran bergerak menerusi pembelian trak bernilai RM400,000 pada Disember ini sebagai pemasaran strategik pentadbiran baharu restoran makanan segera milik bumiputera itu.

Pengerusi RFC, Datuk Ahmad Shafee Sabaruddin berkata, restoran bergerak itu akan dimulakan di kawasan wilayah tengah iaitu sekitar Lembah Klang dengan menyasarkan lokasi tumpuan ramai, termasuk pesta konvokesyen di institusi pengajian tinggi.

“Setelah mengambil alih sepenuhnya RFC, kami menyusun pelbagai strategi untuk terus mendekati pelanggan dan mempromosi produk kami secara terus kepada pelanggan, selain menerusi 10 restoran sedia ada,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Menu Baharu RFC – Ayam Goreng Hot Dujaj dan Mi Bandung, di sini hari ini.

RFC yang sebelum milik HPA Industries Sdn Bhd (HPA), diambil alih oleh Darul Rahmat Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera dengan modal berbayar RM10 juta bermula 1 Ogos lepas.

Darul Rahmat sebelum ini merupakan pemilik tiga daripada 10 restoran RFC. – BERNAMA

sumber:

No comments:

ikan hiasan / ornamental fish

Web Counter