Saturday

Perokok Belanja Hampir RM180 Sebulan Beli Rokok


PETALING JAYA – Secara purata, seorang perokok di Malaysia membelanjakan hampir RM180 sebulan, demikian menurut kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2011.

Penemuan kajian yang melibatkan 4,250 responden dewasa berumur 15 tahun dan ke atas itu didedahkan pada Persidangan GATS Malaysia 2011 di sini pada Selasa.

“Secara purata, seorang perokok membelanjakan sebanyak RM178.80 sebulan hanya untuk membeli rokok yang dikilangkan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hassan Abdul Rahman selepas merasmikan persidangan itu.

Beliau berkata kajian itu juga menunjukkan sebanyak 45.8 peratus perokok terfikir untuk berhenti disebabkan amaran kesihatan bergambar.

“Kesedaran itu timbul disebabkan 87.1 peratus perokok sedar tentang maklumat mengenai antimerokok di televiyen atau radio,” katanya. – BERNAMA

No comments:

ikan hiasan / ornamental fish

Web Counter