Wednesday

Terengganu rombak pasukan:10 pemain disingkirkan



Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah membuat keputusan untuk menyingkirkan 10 pemain Terengganu.
Skuad Penyu yang dilanda pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini telah mengadakan mesyuarat tergempar menentukan nasib pemain pagi ini.

Terengganu yang telah menggantung jurulatih, Peter Butler selama enam bulan dan denda RM4,000 dan juga mendenda empat pemain yang lain hari ini telah memutuskan untuk menyingkirkan 10 pemainnya.

Dua pemain import mereka, Francis Forkey Doe yang menjaringkan 18 gol dalam semua pertandingan telah ditamatkan kontraknya dan Erisson Da Silva turut tidak disambung kontrak.

Penjaga gol utama, Sharbinee Allawee tidak akan beraksi lagi untuk Terengganu atas persetujuan bersama, begitu juga dengan bintang Penyu Muslim Ahmad.
Selain itu, Abdul Hadi Yahyah yang dikhabarkan akan ke menyertai Perak juga telah disingkirkan oleh Terengganu sementara Joseph Kalang Tie dikahabarkan akan kembali ke Sarawak.

Syukur Jusoh, Hariri Safee, Ailim Kamaruddin dan Reesyafiq Alwi juga telah disingkirkan.
Sementara itu, Marzuki Sulong pula dilantik sebagai Pengurus PBSNT, yang sebelum ini disandang oleh Datuk Che Mat Jusoh. Che Mat juga kekal sebagai presiden.

sumber:sini

No comments:

ikan hiasan / ornamental fish

Web Counter