Monday

Demo bantah filem hari ini, Kedutaan AS di Bangkok ditutup



BANGKOK - Kedutaan Amerika Syarikat di sini akan ditutup kepada awam tengah hari ini berikutan demonstrasi yang dirancang sebagai membantah filem menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Temu janji bagi perkhidmatan visa dan kewarganegaraan yang dijadual tengah hari ini dibatalkan dan dijadualkan pada tarikh lain, demikian menurut
kenyataan di laman web kedutaan itu.

Kedutaan AS telah diberitahu oleh polis Thai bahawa satu demonstrasi melibatkan beberapa ratus orang dirancang diadakan di hadapan kedutaan itu
antara 1 hingga 2 petang.

"Kedutaan AS di Bangkok tidak menyedari buat ketika ini sama ada wujud sebarang ancaman terhadap warga AS di Thailand," tambah kenyataan itu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kata kenyataan itu, kedutaan menasihatkan warganya agar berhati-hati dan mengawasi keadaan sekitar, terutama di kawasan kumpulan orang ramai.

Demonstrasi bantahan terhadap filem terbitan pembikin filem Yahudi yang menghina Nabi Muhammad itu kini merebak ke lebih 20 negara dan
mengakibatkan ramai terkorban, termasuk duta besar AS ke Libya.  - Bernama

sumber:

No comments:

ikan hiasan / ornamental fish

Web Counter