Friday

Gardenia Bina Kilang Terbesar Asia Tenggara



SHAH ALAM – Gardenia Bakeries(KL)Sdn Bhd pada Khamis mengumumkan pembukaan kilangnya yang kelima yang dilengkapi dengan peralatan berteknologi tinggi untuk menghasilkan tiga jenis roti dan waffles.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu, kilang baru ini adalah yang terbesar dan termoden di Asia Tenggara.

Ia terletak di Seksyen 26, di sini.

Kilang berautomatis penuh ini mampu menambah pengeluarannya sehingga 8,000 buku roti sejam.

Dengan kira-kira 2,500 orang pekerja di seluruh negara, Gardenia mempunyai tiga lagi kilang di sekitar sini dan sebuah di Puchong.

Kilang baru ini terbuka untuk dilawati oleh orang ramai dan ia dilengkapi dengan bilik jamuan, auditorium dan laluan untuk melihat tingkat produksi yang dibina khas).

Sejak 1991, Gardenia telah menerima lebih 25,000 pengunjung setiap tahun.

Pengurus Besar Kumpulan, Koh Chin Huat berkata, Gardenia memulakan pengeluaran roti pada tahun 1986 dan sejak itu ia terus memperkenalkan produk-produk roti, snek seperti kek, rol, bun, kaya dan waffles.

Pada Selasa lalu, Gardenia juga telah memperkenalkan kepada pasaran rangkaian produk tanpa pengawet tiruan.

Menurut Koh, ini adalah hasil kejayaan R&D serta teknologi baru yang melangkaui semua 16 jenis roti Gardenia.

“Kamajuan dalam teknologi makanan membolehkan potfolio produk Gardenia terus berkembang dan memuaskan keperluan pengguna dan kini para pengguna boleh menikmati roti Gardenia tanpa pengawet tiruan, pengawet sintetik dan pengawet bukan semulajadi,” jelas Koh.

Orang-ramai yang ingin membuat lawatan ke kilang Gardenia bolehlah membuat temujanji dengan menghubungi talian 03-55423228 sambungan ke 161 atau 166.

sumber:here

No comments:

ikan hiasan / ornamental fish